2 maut, 11 cedera van bertembung kereta di Jalan Gerik-Baling
2 maut, 11 cedera van bertembung kereta di Jalan Gerik-Baling
IPOH: Dua maut manakala 11 lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan sebuah kereta di Jalan Gerik-Baling, dekat Gerik, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mangsa yang maut adalah pemandu kereta PERODUA Kenari dan penumpangnya seorang kanak-kanak lelaki.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 2.32 pagi dan setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik mendapati kemalangan antara van Toyota Hiace dengan kereta PERODUA Kenari membabitkan 13 mangsa.
“Pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan dua mangsa dalam kereta PERODUA Kenari maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sabarodzi berkata, operasi mengeluarkan mangsa dilakukan menggunakan peralatan keselamatan dan mangsa yang cedera iaitu tiga lelaki dewasa, empat wanita dewasa dan empat kanak-kanak lelaki, dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. – BERNAMA
2 maut, 11 cedera van bertembung kereta di Jalan Gerik-Baling
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :