Lelaki warga emas maut akibat kelemasan tekupan

Lelaki warga emas maut akibat kelemasan tekupan

Lelaki warga emas maut akibat kelemasan tekupan
Lokasi kejadian lelaki warga emas berusia 71 tahun yang maut dijerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam. NSTP/Ihsan PDRM

BALING: Lelaki warga emas yang dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam, dipercayai mati akibat kelemasan tekupan dan kecederaan belakang Cervikal.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata hasil laporan bedah siasat itu dilakukan di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui tidak sedarkan diri dengan kesan jerut di leher manakala kaki dan tangannya diikat dengan kain pelikat di atas katil rumahnya di Taman Desa Bidara.

Hasil rakaman CCTV di rumah jiran mangsa mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menunggang motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek keluar dari rumah berkenaan.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya ditahan jam 3 pagi tadi susulan kejadian.

Lelaki warga emas maut akibat kelemasan tekupan

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading