Gelagat Tunku Azizah Main Golf Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

“Powernya Tunku Main, Second Shot Je!”

Gelagat Tunku Azizah Main Golf Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

Gelagat Tunku Azizah Main Golf Raih Perhatian Ramai! [VIDEO] 

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya yang dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.



“Ulang-Ulang Tengok Rasa Teruja Lihat Skill Tuanku”-Netizen

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @cmspahang yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 567 ribu, tanda suka sebanyak 20 ribu dan sebanyak 354 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tunku Azizah yang sedang memberitahu mengenai betapa dekatnya bola golf tersebut dengan lubang itu dan akhirnya Tunku membuat pukulan tersebut.
@cmspahang

kena share lah dengan my Hero ! Dengki ke?

♬ original sound – Tengku Ampuan Pahang – Tengku Ampuan Pahang



Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa mereka tidak sangka Tunku Azizah seorang yang pandai bermain golf. Kata mereka lagi, reaksi Tunku Azizah ketika main golf juga sangat mengujakan dan kelihatan comel.

Gelagat Tunku Azizah Main Golf Raih Perhatian Ramai! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Jana Wibawa Muhyiddin Boleh Menyebabkan PPBM Di Haramkan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button