Mahmood dilantik CEO Puspakom baharu
Mahmood dilantik CEO Puspakom baharu

Shah Alam: Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa semalam.
Pengerusi Puspakom Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Mahmood menggantikan Shukor Ismail yang bersara pada 30 September lalu selepas 11 tahun menerajui Puspakom.
Menurutnya, sebelum ini, Mahmood adalah Ketua Komunikasi Strategik Kumpulan di DRB-HICOM Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah Puspakom.
“Beliau membawa bersama pengalaman luas dalam pelbagai industri, termasuk minyak dan gas, barangan pengguna yang bergerak pantas (FMCG) dan pembangunan pengangkutan awam.
“Antara 2008 hingga 2016, Mahmood memegang jawatan pengurusan atasan di Sime Darby Plantation Berhad dan Mass Rapid Transit (MRT) Corporation Sdn Bhd di mana jawatan terakhirnya adalah Pengarah Operasi & Pengurusan Aset.
“Sebelum masuk ke sektor korporat pada 2008, Mahmood berada di industri media penyiaran di mana beliau pernah berkhidmat di ntv7, Bloomberg TV Malaysia, Astro News dan Astro Awani dalam pelbagai jawatan termasuk wartawan, pembaca berita, editor dan penerbit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Abdul Hamid berkata, pihaknya yakin terhadap kemampuan Mahmood untuk membawa syarikat berkenaan ke tahap lebih tinggi.
Menurutnya, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Shukor atas sumbangan yang tidak ternilai dalam meneraju pertumbuhan Puspakom sejak pelantikannya pada 2012.
Mahmood dilantik CEO Puspakom baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sampai Bila BN Mahu Bergantung Kepada Undi PH?
- Demokrasi Sudah Mati Dalam PAS
- Fuziah Salleh Masih Di Jangkiti Virus Lynas?
- Mahkamah Sahkan PAS Parti Rasuah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :