EPL: Arteta tanggung kesal guna Saka

EPL: Arteta tanggung kesal guna Saka

EPL: Arteta tanggung kesal guna Saka
SAKA berjaya menyumbang satu gol ketika Arsenal menewaskan Bournemouth, namun terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap kecederaan dialami bintang utama pasukannya, Bukayo Saka tidak serius hingga terpaksa dipinggirkan untuk tempoh yang panjang.

Walaupun sudah seminggu tidak berlatih bersama skuad utama tetapi Saka, 22, tetap diturunkan ketika menang 4-0 ke atas Bournemouth pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Vitality kelmarin.

Bagaimanapun, keputusan Arteta dilihat ‘memakan diri’ apabila Saka tidak dapat menamatkan permainan dan terpaksa dikeluarkan di pertengahan babak kedua walaupun bermula cemerlang dengan meledak satu gol pada minit ke-17.



“Ia kelihatan agak teruk, tetapi saya tidak tahu bagaimana perasaannya. Saya masih belum berpeluang untuk bercakap dengannya, tetapi saya berharap dia akan kembali menyertai pasukan secepat mungkin,” kata Arteta.

Dalam masa sama, Arteta turut meluahkan kebimbangan terhadap situasi kecederaan penyerangnya, Gabriel Jesus yang mengalami masalah sama seperti Saka terpaksa berjalan dalam keadaan terhencot-hencot.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




Arsenal kembali ke landasan kemenangan selepas seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur minggu lalu hasil empat gol daripada Saka, Martin Odegaard, Kai Havertz dan Ben White, sekali gus melonjak ke tangga ketiga EPL.

Kemenangan itu sememangnya menyuntik moral tambahan buat kem The Gunners yang akan bertandang ke Perancis menentang RC Lens untuk aksi kedua Kumpulan B Liga Juara-Juara pada Rabu ini.

Selepas itu, Arsenal akan menanti kunjungan juara treble musim lalu, Manchester City dalam aksi EPL seterusnya di Stadium Emirates pada Ahad nanti. – AGENSI

EPL: Arteta tanggung kesal guna Saka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button