Hong Leong Bank Dan RHB Bank Pula Umum Kecualikan Transaksi DuitNow QR
Hong Leong Bank Dan RHB Bank Pula Umum Kecualikan Transaksi DuitNow QR
Sebelum ini Bank Negara Malaysia telah mengumumkan sejumlah bank utama akan mengecualikan yuran transaksi ke atas perniagaan mikro dan kecil yang menggunakan DuitNow QR.
Malah, terdapat beberapa bank juga telah mengumumkan akan mengecualikan caj transaksi DuitNow QR, termasuk Maybank dan Public Bank, disamping CIMB yang mengecualikannya sehingga awal 2024.
Kini, Hong Leong Bank dan juga RHB Bank turut menyatakan sokongan dan akan mengecualikan caj transaksi untuk DuitNow QR sehingga suatu tempoh masa kelak.
Seperti mana yang telah dimaklumkan, caj transaksi adalah kepada penjual dan peruncit dan bukannya terhadap pengguna awam.
Dengan pengumuman ini juga, kita mungkin melihat beberapa bank lain turut mengumumkan perkara sama dalam masa terdekat ini.
Dear Valued Customers,
Following the recent announcement on 26 September 2023 regarding the DuitNow QR (DNQR) transaction fees, we are pleased to announce that RHB Bank will be waiving the transaction fees for DNQR until further notice.
— RHB Group (@RHBGroup) September 29, 2023
Kredit: amanz
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang
- Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
- Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?