Indah Nukilan Syifa Melvin Buat Saif Sulaiman
Hadirmu Meletakkan Syurga Pada Tapak Kakiku
Indah Nukilan Syifa Melvin Buat Saif Sulaiman
Pelakon dan pempengaruh media sosial, Syifa Melvin menitipkan nukilan istimewa sempena kelahiran cahaya mata sulungnya, Saif Sulaiman pada tanggal 30 September lalu.
Dalam nukilan tersebut, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana telah memberinya peluang untuk merasai nikmat bergelar ibu.
“Terima kasih anakku kerana hadirmu, Tuhan meletakkan syurga pada telapak kakiku,” tulisnya.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak negara, Safawi Rasid menerusi sebuah hantaran di Instagram.
“Terima Kasih Tuhanku telah hadirkan dua orang manusia yang menyempurnakan perananku di dunia ini.
“Menjadi bidadari bumi dengan gelar ibu dan isteri,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Syifa dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
“Tahniah Syifa. Selamat berpantang.
“Tahniah Syifa. Tahu-tahu dah beranak. Alhamdulillah. Semoga anakmu membesar dengan sihat. Selamat berpantang sayangku.
“Semoga menjadi anak soleh yang membahagiakan kedua orang tuanya. Ameen.
“Kapsyen Syifa buat sebak. Baru terasa macam kita ini bidadari sebenarnya. Tahniah Syifa,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Syifa dan Safawi telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 28 November 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup.
Sumber & kredit video: Instagram Syifa Melvin
Indah Nukilan Syifa Melvin Buat Saif Sulaiman
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Angan-Angan Muhyiddin Di Pahang
- Sekiranya PN Yang Berkuasa, Mampukah Mereka Tangani Masalah Beras?
- Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?