Pegawai polis maut, motosikal ditunggang bertembung pikap

Pegawai polis maut, motosikal ditunggang bertembung pikap

Pegawai polis maut, motosikal ditunggang bertembung pikap
Keadaan motosikal pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 81, Jalan Kuching/Sri Aman, dekat Serian, Sarawak, hari ini. – Foto NSTP/Noryazwani Nasri

SERIAN: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya bertembung pikap di Kilometer 81, Jalan Kuching-Sri Aman, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa yang berusia 42 tahun disahkan meninggal ditempat kejadian oleh pasukan perubatan Klinik Kesihatan Balai Ringin, akibat parah di kepala dan tangan

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata jenazah pegawai polis berkenaan dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.



Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan bertembung ketika pikap keluar dari persimpangan jalan sebelah kiri arah menuju ke Sri Aman dan dipercayai hendak masuk ke tempat membuat pusingan P dilokasi berkenaan.

“Pemandu pikap seorang lelaki berusia 66 tahun dari Kampung Antayan Kresik kini ditahan polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Aswandy berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987 dan siasatan masih dijalankan.

 



Pegawai polis maut, motosikal ditunggang bertembung pikap

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading