Pendapatan isi rumah naik 2.4%

Pendapatan isi rumah naik 2.4%

Pendapatan isi rumah naik 2.4%
RAFIZI (tengah) menunjukkan buku laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Tahun 2022 di Putrajaya, semalam. Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron (kiri) dan Dr Mohd Uzir.

PENDAPATAN purata isi rumah di Malaysia meningkat 2.4 peratus kepada RM8,479 tahun lalu, berbanding RM7,185 pada 2021 dengan empat negeri melepasi paras nasional, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, DOSM mendedahkan pendapatan purata isi rumah di Putrajaya adalah tertinggi RM13,473, diikuti Kuala Lumpur (RM13,325), Selangor (RM12,233) dan Johor (RM8,517) tahun lalu.

Namun, Selangor mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan tertinggi bagi pendapatan purata iaitu sebanyak 4.1 peratus berbanding RM10,827 manakala Labuan merekodkan kemerosotan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dengan pengurangan 0.3 peratus iaitu RM8,319 (2019) kepada RM8,250.



Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, laporan terbabit turut menyatakan pendapatan isi rumah boleh guna purata meningkat 1.7 peratus (RM7,111) berbanding 2019 (RM6,764), manakala pendapatan isi rumah boleh guna penengah bulanan juga meningkat 1.9 peratus (RM5,413) daripada RM5,116 (2019).

“Dari segi ukuran purata, pendapatan isi rumah boleh guna ini adalah merangkumi 83.9 peratus daripada jumlah pendapatan isi rumah kasar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya



Majlis itu dirasmikan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Dalam laporan sama, DOSM mendedahkan, dari sudut corak agihan pendapatan, had pendapatan B40 yang merangkumi 3.16 juta isi rumah adalah RM5,249, manakala M40 pula merekodkan julat pendapatan di antara RM5,250 hingga RM11,819.

Sementara itu, sebanyak 1.58 juta isi rumah berada dalam kumpulan T20 dengan pendapatan melebihi RM11,820 dengan kumpulan itu memiliki 46.3 peratus dari agihan keseluruhan pendapatan isi rumah, menurun daripada 46.8 peratus pada 2019.



Sementara itu, kumpulan M40 memiliki 37.6 peratus manakala B40 pula hanya menguasai 16.1 peratus daripada jumlah pendapatan, meningkat sedikit daripada 16.0 poeratus pada 2019.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?


Dalam pada itu, insiden kemiskinan mutlak mencatat kemerosotan kepada 6.2 peratus tahun lalu, berbanding 8.2 peratus pada 2021 dan 8.4 peratus ketika pandemik Covid-19 melanda pada 2020.



Mohd Uzir berkata, bilangan isi rumah miskin tegar yang berpendapatan di bawah RM1,198 pula menurun kepada 0.2 peratus (18,445 isi rumah) berbanding 0.4 peratus pada 2019.

“Insiden kemiskinan mutlak pada 2022 membabitkan anggaran 487,576 isi rumah. Insiden kemiskinan di bandar meningkat daripada 3.9 peratus pada tahun 2019 kepada 4.5 peratus pada tahun 2022, manakala bagi kawasan di luar bandar pula mencatatkan penurunan daripada 12.4 peratus kepada 12.0 peratus pada tempoh yang sama,” katanya.

Pendapatan isi rumah naik 2.4%


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading