Seorang maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan di Pulau Indah
Seorang maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan di Pulau Indah
KLANG: Seorang pemandu treler maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan berdekatan sebuah stesen minyak di Pulau Indah, awal pagi tadi.
Mangsa Mohd Saiful Aizat Muhamad Nor, 29, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kemalangan jam 2.24 pagi.
Kemalangan membabitkan sebuah treler, lori dan pikap.
“Pemandu dan kelindan lori turut parah di kepala dan badan sudah dihantar ke hospital sebelum ketibaan bomba,” katanya hari ini.
Seorang lagi mangsa iaitu pemandu pikap bagaimanapun tiada di lokasi kejadian difahamkan telah ke balai polis.
Seorang maut, dua parah kemalangan tiga kenderaan di Pulau Indah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bikin Malu!, hanya 300 orang hadir ceramah Muhyiddin
- PMX Anwar Ibrahim perlu pasukan Kabinet lebih jitu
- PAS takut pertandingkan jawatan “Top 5”
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.