Warga emas maut dilanggar lori

Warga emas maut dilanggar lori

Warga emas maut dilanggar lori
Warga emas maut dilanggar lori Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam, Kluang, hari ini. – Foto POLIS

KLUANG: Warga emas, Musa Awang, 75, maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar lori yang dipercayai mengalami masalah brek.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata pemandu lori gagal memperlahan kenderaan selepas menghampiri sekatan jalan raya, kira-kira 250 meter di hadapannya.

Katanya, kemalangan berlaku kira-kira 2.30 petang tadi, di Kilometer 76.4, Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam.



Beliau berkata, mangsa dari Ayer Hitam menghala ke Simpang Renggam, manakala pemandu lori dari arah bertentangan.

“Akibat kegagalan brek, pemandu lori mengelak ke kanan jalan, lalu melanggar pembahagi jalan dan bertembung dengan mangsa di laluan bertentangan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pemandu lori tidak cedera dan pemeriksaan air kencing mendapati lelaki berusia 32 tahun itu negatif dadah.

“Lori berkenaan dihantar ke PUSPAKOM untuk memastikan keadaan brek,” katanya.



Katanya, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Warga emas maut dilanggar lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

­­­PAS sedar Mahathir dibenci , tidak popular , lalu nafikan Mahathir calon Kemaman.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading