30 individu sudah ditahan kes gaduh tunda kereta di Malaysia Tambahan

30 individu sudah ditahan kes gaduh tunda kereta di Malaysia Tambahan

30 individu sudah ditahan kes gaduh tunda kereta di Malaysia Tambahan
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid (tengah) bersama Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil (dua, kiri) melakukan kerja-kerja pembersihan pada Program Gotong-Royong Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Limau, Pantai Dalam, Kuala Lumpur, hari ini. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan 30 individu berkaitan kes rusuhan dalam urusan menunda kereta terbabit dalam kemalangan di Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tangkapan baharu membabitkan lapan suspek dan beberapa lagi masih dalam buruan.

Katanya, sebelum ini pihaknya sudah menahan 22 individu dengan ada antara mereka masih direman.



“Saya beri amaran keras kepada mereka yang terbabit bahawa polis tidak akan bertolak ansur.

“Kita akan cari sampai dapat… jangan cabar kita,” katanya ketika ditemui pada Program Pembersihan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, hari ini.

Pada Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin dilaporkan berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam mengenai satu kes rusuhan menggunakan senjata membabitkan beberapa suspek di Kampung Malaysia Tambahan, Cheras di sini.

Hasil siasatan awal katanya, mendapati kejadian berpunca daripada satu kes kemalangan kereta dan pergaduhan membabitkan dua pihak untuk menunda kereta itu.



Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button