Tinggalkan kekasih kerana tisu tandas
Tinggalkan kekasih kerana tisu tandas

Tallahassee: Tidak tahan sikap kekasihnya enggan menyediakan tisu tandas di rumahnya, wanita di Florida, Amerika Syarikat ini memutuskan hubungan cinta mereka.
Alexandra Maria Clara, dari Tampa menceritakan kisah teman lelakinya yang disifatkannya sebagai pengotor dalam video yang ditonton lebih 900,000 pengguna maya.
Katanya, dia pernah menumpang tandas rumah bekas kekasihnya itu dan melihat tiada tisu di dalamnya.
“Mulanya saya rasa mungkin dia kehabisan tisu tandas. Jadi saya menggunakan tisu yang dibawa dalam beg tangan saya.
“Saya beritahu dia lagi tetapi dia beritahu terlupa membeli tisu tandas.
“Jadi ketika kami ke kedai untuk membeli makanan ringan, saya pun memintanya membeli tisu tandas tetapi kekasih saya tidak mahu.
“Saya tanya kenapa pula? Dia memberitahu saya dia tidak gunakan tisu sebaliknya tisu basah,” katanya.
Katanya, hubungan mereka mulai retak hanya kerana tidak sehaluan mengenai pemakaian tisu tandas menyebabkan Clara meninggalkan lelaki itu.
“Saya cuba toleransi dengan menyimpan tisu tandas dalam kereta untuk memudahkan saya apabila ke rumahnya.
“Namun, perangai lelaki itu jelik seolah-olah mengejek tindakan saya, menyebabkan saya tidak mahu meneruskan lagi hubungan dengannya,” katanya.
Tinggalkan kekasih kerana tisu tandas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Kemenangan Dr Sam, Apakah Kabinet Bayangan Lama PN Masih Relevan?
- Perlukah Perlembagaan Di Pinda Untuk Memastikan Hanya Melayu Jadi PM