Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ
Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ

PASUKAN Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT) membawa pendekatan berani apabila membuat keputusan bekerjasama dengan pasukan ‘otai’ terutama Yamaha CKJ Racing untuk membina jentera lebih baik bagi menghadapi Kejuaraan Cub Prix Malaysia tahun ini.
Pemilik TCPRT, Nur Atikah Azwar berkata, keputusan untuk menjalankan kerjasama dengan pasukan CKJ telah bermula awal tahun ini memandangkan pasukannya masih ‘hijau’ untuk memberi tentangan ke atas pasukan lebih berpengalaman dalam kelas perdana CP150
Tegas Atikah, dia berterima kasih kepada Yamaha CKJ Racing kerana memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk membina jentera lebih baik terutama ketahanan enjin sewaktu bersaing dalam perlumbaan CP150.
“Seperti mana kita tahu, untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) pada pembuatan enjin akan melibatkan kos yang tinggi.
Sebagai pasukan yang masih baharu, bantuan yang diberikan CKJ menjimatkan kos kita secara keseluruhan.
“Apa yang saya lihat, prestasi enjin jentera kita pada ketika ini bertambah baik pada setiap pusingan perlumbaan. Sebab itu, kita tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi memandangkan pada tahun pertama Pink Racing adalah untuk mengambil data-data penting agar lebih bersedia tahun depan,” ujarnya.
Pada sesi kelayakan di Litar Iskandar Puteri, Johor semalam, tiga pelumba Pink Racing bergelut untuk mendapatkan catatan masa terbaik.
Bagaimanapun, Harith Farhan Baharin tampil positif pada sesi kelayakan sebelah pagi apabila menamatkan saingan di tempat ke-12 terpantas dan cuma ketinggalan 1.522 saat (s) dengan Akid Aziz yang menguasai Kelayakan CP150 A.
Pink Racing terima bantuan Yamaha CKJ
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :