Mahkamah tolak rayuan Aung San Suu Kyi
Mahkamah tolak rayuan Aung San Suu Kyi

Yangon: Mahkamah Agung Myanmar di bawah Junta, menolak rayuan bekas pemimpin yang dipenjara, Aung San Suu Kyi terhadap enam sabitan rasuah dihadapinya, menurut laporan media.
Suu Kyi yang berhadapan hukuman penjara 27 tahun, ditahan sejak rampasan kuasa oleh tentera yang meruntuhkan kerajaan pimpinannya pada 2021.
Beliau merayu untuk berpuluh sabitan bagi jenayah yang terdiri daripada pengkhianatan dan rasuah kepada pelanggaran undang-undang telekomunikasi.
Pemenang Hadiah Keamanan Nobel itu menafikan salah laku terbabit.
Mahkamah pada Ogos lalu menolak lima rayuan oleh Suu Kyi berhubung import dan memiliki walkie talkie, hasutan dan melanggar sekatan koronavirus secara haram.
Junta baru-baru ini memberikan pengampunan separa yang mengurangkan enam tahun hukuman penjaranya, namun satu tindakan yang dikritik, termasuk anak Suu Kyi yang menyatakan ia tidak bermakna apa-apa.
Mahkamah tolak rayuan Aung San Suu Kyi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA
- PAS Kehilangan Punca Bila Di Tanya Mengenai Perlantikan Mahathir
- Alasan PAS tidak tandingkan jawatan ‘top 5” meragukan.
- Mahkamah Amerika Serahkan Roger Ng Kepada Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :