Calon PH ditemani kembar melawat pusat undi

Oleh – Syeikh Baran


Calon PH ditemani kembar melawat pusat undi
Sock Tao (kiri) bersama kakak kembarnya, Sock Ying ketika melawat pusat mengundi hari ini. -Foto M FIRDAUS M JOHARI/ KOSMO!

Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao tiba di pusat mengundi Ming ditemani kembarnya, Pang Sock Ying hari ini.

Sock Tao tiba kira-kira pukul 8.40 pagi bagi meninjau proses mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming, di sini.



Calon berusia 31 tahun itu bagaimanapun tidak membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Sementara itu, anak kelahiran Ampang itu berkata, beliau berharap proses pengundian hari ini berjalan lancar sehingga selesai petang nanti.

“Saya rasa bersemangat hari ini setelah dapat rehat selama lima jam. Saya harap semua pengundi keluar awal kerana keadaan cuaca tidak menentu.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepda semua yang terlibat pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.



Sementara itu, Sock Ying berkata, beliau berharap impian adik kembarnya tercapai sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat DUN itu.

“Ini kali keempat saya teman Sock Tao turun di Kuala Kubu Baharu. ‘I wish her dream come true’ (saya harap impian dia menjadi kenyataan),” jelasnya.

Sebanyak 18 pusat mengundi dengan 74 saluran dibuka pukul 8 pagi hari ini membabitkan 39,269 pemilih berdaftar.

Dalam PRK Kuala Kubu Baharu Sock Tao yang bertanding dalam pertembungan empat penjuru berdepan tentangan calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.



Sumber – KOSMO! ONLINE


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading