Biar Pan-gon, Harimau Malaya nilai rumput baharu
Biar Pan-gon, Harimau Malaya nilai rumput baharu
MENTERI Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh menyerahkan tanggungjawab penuh kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dan barisan pemainnya untuk memberi maklum balas terhadap kualiti padang baharu di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Bagaimanapun, menterinya, Hannah Yeoh berkata, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah pun menyatakan rasa puas hati dengan kualiti padang baharu yang menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia tersebut.
“Sumbangan dan kurniaan Tunku Ismail adalah untuk rumput tetapi kerja menaik taraf infrastruktur diselesaikan oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Semalam (kelmarin) pun hujan dan PSM memang setiap hari melakukan pemantauan.
“Tunku Ismail berpuas hati dan memberi cadangan mengenai penyelenggaraan padang. Jadi kita harap esok (hari ini) mendapat maklum balas daripada Pan-gon dan skuad Harimau Malaya kerana mereka yang guna nanti.
“Kalau bagi saya, (nampak) hijau memang cantik tetapi pemain bola sepak ada komen masing-masing. Yang bagusnya, sekarang kita ada nurseri dengan rumput yang sama,” katanya pada Majlis Perasmian rumput baharu Stadium Nasional Bukit Jalil yang disempurnakan oleh Tunku Ismail semalam.
Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin.
Dalam pada itu, perbelanjaan penukaran rumput telah ditanggung oleh Tunku Ismail dan pada masa sama Hannah menjelaskan, kos lain untuk kerja menaik taraf stadium pula ditanggung PSM dengan nilai RM4.7 juta.
Sebelum ini, Stadium Nasional Bukit Jalil yang diangkat sebagai gelanggang rasmi Harimau Malaya menjadi bahan jenaka apabila ada petugas dirakam menggunakan penyodok sampah untuk mengeluarkan air bertakung dalam padang.
Biar Pan-gon, Harimau Malaya nilai rumput baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.