MAVCOM Lapor MYAirline Perlu Bayar Balik Tiket Penerbangan Pelanggan Terjejas
MAVCOM Lapor MYAirline Perlu Bayar Balik Tiket Penerbangan Pelanggan Terjejas
Seperti yang kita ketahui, syarikat penerbangan Malaysia MYAirline umum sudah mengantung operasinya sejak, semalam.
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendakwa MYAirline bertanggungjawab membuat bayaran balik kepada pengguna yang sudah membeli tiket penerbangan, tetapi tidak dapat meneruskan perjalanan berikutan pengumuman penggantungan operasi syarikat itu.
Malah, ia perlu diterbitkan pengumuman mengenai penggantungan tersebut melalui saluran komunikasi syarikat penerbangan tersedia.
MYAirline turut diarahkan untuk segera menghentikan penjualan dan tempahan tiket penerbangan di semua platform tempahan hingga notis lanjut diberikan.
Dalam pada itu, bagi pengguna yang terjejas boleh menghubungi MYAirline untuk pertanyaan dan bantuan mengenai tempahan melalui [email protected].
Bukan itu sahaja, MAVCOM juga menyediakan saluran khusus membantu pengguna terjejas di talian 1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau 603-7651 2777 (luar negara) atau emel: [email protected].
Selain itu, MAVCOM juga menyatakan sedang menyiasat MyAirline berdasarkan semakan dalaman dan aduan diterima mengenai pembayaran berkanun yang belum dibayar kepada pekerja.
Kredit: Facebook Malaysian Aviation Commission
MAVCOM Lapor MYAirline Perlu Bayar Balik Tiket Penerbangan Pelanggan Terjejas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.