‘Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini’

‘Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini’

'Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini'
FOTO pada 12 Oktober menunjukkan lelaki Palestin duduk bersama ahli keluarganya di luar bangunan di Gaza yang musnah susulan serangan udara Israel. FOTO AFP

Gaza: Israel memperhebatkan serangannya di Semenanjung Gaza dengan keganasan tidak menunjukkan petanda reda di wilayah selatan didudukinya secara haram, manakala ketegangan terus meningkat di kawasan sempadan dengan Lubnan.

Jumlah pelarian di Gaza melebihi 330,000 orang awam pada hari keenam pertempuran.

Pada petang Khamis, Briged Al Quds, sayap bersenjata Jihad Islam Palestin berkata, ia menembak 103 roket ke arah Baitulmaqdis dan selatan Israel, menurut satu kenyataan yang disiarkan menerusi Telegram.



The National News melaporkan kumpulan pejuang Islam itu juga mendakwa serangan dilancarkan ke atas pangkalan udara dan tentera Zionis.

Di utara Israel, siren dibunyikan awal petang Khamis ketika tentera melaporkan serangan dilancarkan dari ruang udara Lubnan, di mana pejuang Hizbullah dan Hamas mengaku bertanggungjawab terhadap roket yang ditembak ke Israel.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.




Tentera Israel bertindak balas dalam beberapa hari kebelakangan ini terhadap tembakan meriam dan serangan udara di selatan Lubnan, menyebabkan orang awam melarikan diri lebih jauh ke utara.

Jumlah rakyat Palestin yang terbunuh meningkat kepada 1,537 termasuk 500 kanak-kanak dan 276 wanita, manakala 6,612 lagi cedera dalam serangan udara Israel, kata Kementerian Kesihatan Gaza.

'Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini'
FOTO pada 12 Oktober menunjukkan lelaki Palestin membawa adik perempuannya ketika Israel masih menggempur Gaza. FOTO AFP

Sementara itu, AFP melaporkan berlaku huru-hara di Hospital al-Shifa di Gaza. Hospital itu adalah yang terbesar di wilayah itu yang selama 16 tahun berada di bawah sekatan ketat Israel.

Di tengah-tengah aliran ambulans yang tidak putus-putus, saudara-mara bertanya khabar, mangsa cedera keluar masuk, kelihatan dua kanak-kanak duduk di atas tanah, dalam keadaan keliru dan senyap.



Seorang jururawat menyerahkan seorang daripada kanak-kanak itu kepada seorang doktor yang menjerit: ‘Adakah sesiapa di sini mengenali kanak-kanak ini?. Dia kemudian bergegas menuju ke arah puluhan mangsa yang cedera dibaringkan di atas tilam nipis.

Suasana tambah memilukan apabila saudara-mara mangsa korban serangan rejim Zionis Israel meraung di bilik mayat.

Berpuluh-puluh mayat yang dibalut kain kafan memenuhi peti simpanan mayat dan ada mayat diletakkan di atas lantai.

Kelihatan seorang pemuda terhuyung-hayang keluar daripada bilik mayat yang sesak.



“Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini. Mari kita periksa bilik kecemasan. Dia mungkin menjalani pembedahan,” jeritnya mungkin sedang mencari orang tersayang.

‘Mungkin dia belum mati. Mayatnya tiada di sini’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button