Celcom Digi, DHL perkenal Gudang Autonomi Al dikuasakan 5G pertama di Malaysia

Celcom Digi, DHL perkenal Gudang Autonomi Al dikuasakan 5G pertama di Malaysia

Celcom Digi, DHL perkenal Gudang Autonomi Al dikuasakan 5G pertama di Malaysia
FAHMI (tengah) bersama Mario Lorenz (dua kiri) dan Idham (dua kanan) melihat demonstrasi penggunaan Dron Autonomi yang dipacu 5G dan Sistem Pengurusan Inventori Autonomi Kecerdasan Buatan (AI) ketika majlis pelancaran Gudang Autonomi AI didayakan 5G pertama di Malaysia di Pusat Logistik Bersepadu Rantaian Bekalan DHL Malaysia, Shah Alam. FOTO Hairul Anuar Rahim

Shah Alam: CelcomDigi Berhad (Celcom Digi) bekerjasama dengan DHL Supply Chain Malaysia (DHL), peneraju pasaran global untuk penyelesaian logistik kontrak bagi mengendalikan Sistem Pengurusan Inventori Autonomi Kecerdasan Buatan (Al) dikuasakan 5G yang pertama di Malaysia.

Dengan sokongan rangkaian 4G LTE dan sambungan 5G CelcomDigi, Pusat Logistik DHL yang terletak di Shah Alam itu dilengkapi dengan penyelesaian Al dan robotik terkini, untuk pengurusan inventori yang optimum dan cekap.

Kerjasama Celcom Digi dengan DHL ini juga dilaksanakan menerusi Pusat Inovasi CelcomDigi yang baru ditubuhkan.



la memanfaatkan teknologi 5G dan penyelesaian Al untuk mencipta sistem pengurusan inventori robotik, yang menyediakan pengurusan gudang multitingkat yang lebih baik dan cekap pada tahap optimum.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Digi, Datuk Idham Nawawi berkata, kerjasama antara Pusat Inovasi CelcomDigi dan DHL mencerminkan nilai sebenar dan manfaat teknologi 5G, robotik dan Al.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


Katanya, ia sebahagian usaha berterusan kumpulan untuk memacu penerapan dan pembolehan 5G secara cekap merentasi perusahaan dan ekosistem digital Malaysia.

“Dengan menyatukan dua industri berbeza, yang sama-sama memperjuangkan inovasi dan transformasi digital melalui peningkatan produktiviti dan penyelesaian digital yang canggih, kami sudah merevolusikan logistik gudang dengan operasi harian yang lebih cekap.



“Kami komited untuk membina ekosistem digital yang paling inovatif di negara dengan membina sinergi baharu antara industri yang berbeza, serta melaksanakan penyelesaian yang lebih inovatif bagi memacu kecekapan dan pertumbuhan, sekali gus membolehkan perniagaan Malaysia memainkan peranan penting dalam revolusi digital dan ekonomi digital global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian sistem pengurusan inventori baharu antara Celcom Digi dengan DHL di sini, hari ini.

Hadir merasmikan, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


Dengan memanfaatkan potensi dron autonomi, DHL melaksanakan pengurusan inventori harian dan tugasan operasi dengan penyelesaian pengiraan stok automatik dan teknologi visi komputer secara bebas untuk mencegah ralat manusia.

Penyelesaian itu akan meningkatkan kecekapan operasi pengiraan stok sehingga 20 kali ganda dan ketepatan sehingga 100 peratus. Malah, ia akan mengoptimumkan penggunaan ruang dalam gudang dan mengurangkan penggunaan elektrik harian.

Kerjasama itu adalah satu inisiatif penting untuk merealisasikan sinergi antara pelbagai industri, dan menyampaikan operasi logistik yang dipertingkatkan dalam ekosistem digital yang dipacu Al.

CelcomDigi dan DHL akan meneruskan kerjasama bagi menilai pelaksanaan dron autonomi Al dan sistem pengurusan inventori robotik yang dikuasakan 5G merentasi semua gudang DHL di seluruh negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Negara, DHL Supply Chain Malaysia, Mario Lorenz berkata, kerjasama terbabit melambangkan permulaan era baharu dalam landskap logistik dan telekomunikasi.

“Sistem Inventori Autonomi Al kami yang dikuasakan 5G bukan sekadar satu pencapaian, tetapi bukti potensi yang mampu direalisasikan apabila pemimpin-pemimpin industri berpadu tenaga untuk menolak sempadan inovasi,” katanya.

Celcom Digi, DHL perkenal Gudang Autonomi Al dikuasakan 5G pertama di Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker