E-invois perkemas sistem pencukaian negara

E-invois perkemas sistem pencukaian negara

E-invois perkemas sistem pencukaian negara
Tan Sri Soh Thian Lai

Kuala Lumpur: Pengenalan e-invois akan memperkemas dan meningkatkan sistem pencukaian negara, menggalakkan ketelusan dan memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat, kata Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM).

Presiden NCCIM Tan Sri Soh Thian Lai berkata, e-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.

“E-invois turut mempunyai kelebihan utama yang akan memberi manfaat ketara kepada pembayar cukai. Ia menawarkan pengurangan dalam usaha manual serta meminimumkan kesilapan manusia dengan menyediakan proses invois bersepadu melalui penciptaan dan penyerahan dokumen termasuk data transaksi secara elektronik.



“Ia juga memudahkan pemfailan penyata cukai melalui penyepaduan sistem yang lancar, memastikan pelaporan cukai yang cekap dan tepat untuk perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Selain itu, Soh berkata, e-invois membolehkan penyelarasan operasi, menghasilkan kecekapan yang dipertingkatkan serta penjimatan masa dan kos untuk organisasi dengan lebih ketara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


“Malahan, ia menggalakkan pelaporan kewangan digital dengan menyelaraskan pelaporan termasuk proses kewangan dengan piawaian industri, menjadikan pelaporan kewangan lebih cekap dan sejajar dengan amalan moden,” katanya.

Pelaksanaan e-invois mulai 1 Jun 2024 hingga 1 Januari 2027, membolehkan perniagaan serta pembayar cukai mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan sistem dengan berkesan.



Soh berkata, NCCIM menggalakkan komuniti perniagaan Malaysia untuk menerima kemajuan teknologi dan menyesuaikan diri dengan landskap kawal selia yang berkembang.

E-invois perkemas sistem pencukaian negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker