Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah

Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah

Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah
Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah

Drama pergaduhan anak-anak ND Lala yang digelar The Amzahs terus menjadi hangat selepas masing-masing bersuara membuka cerita kepada umum.

Terbaru, Syafiq Amzah mendakwa hanya dimaklumkan tentang kehadiran individu datang menilai banglo di saat-saat akhir.

Disebabkan itu, ibunya Fauziah Sarman terpaksa meminta individu terbabit untuk tunggu sekejap kerana mahu mengemas rumah yang bersepah disebabkan membela lebih 40 ekor kucing.

Orang tu sampai depan rumah baru dia nak bagitahu. Mak minta tangguhkan sekejap dalam satu ke dua jam.

Syafiq kemudian mendakwa permintaan ibunya itu tidak diendahkan Shila malah turut dikatakan menghina ibunya. Syafiq mendakwa ibunya mengadu yang Shila datang ke rumah dan menendang pintu banglo sebelum menengking.

Dia cakap orang tu (penilai) ada kerja, mereka bukan tiada pekerjaan macam mak. Dia hina mak saya. Ini mak saya yang cerita. Mak sampai menangis. Shila tengking mak.

Fauziah kemudian cuba menampar Shila namun hanya dapat mencapai cermin mata dipakai kakaknya.



Shila cakap ‘kepala otak mak la’, lepas itu ditolak mak… Bila dia tolak mak dan mak hampir terjatuh, mak nak lempang dia tapi tercapai cermin mata dia….

….Mak saya pecahkan cermin mata dia dan dia maki lagi ‘mak ni memang tiada otaklah’ dan bukti mengenai kejadian itu ada.

Ohmedia pun tak faham kenapa semua ni perlu didedahkan kepada umum. Apapun, kita doakan yang terbaik buat keluarga ini agar segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan.

Kredit: mStar

Syafiq Amzah Dakwa Ibunya Sikit Lagi Nak Tampar Muka Shila Amzah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker