Torres Garrido kendali skuad B-23
Torres Garrido kendali skuad B-23
SKUAD Bawah 23 tahun (B-23) negara akhirnya mendapat nakhoda baharu apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melantik Juan Torres Garrido untuk mengetuai pasukan muda Harimau Malaya menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April tahun hadapan.
Berpengalaman sebagai ketua pencari bakat buat Barcelona dari 2016 hingga 2020, pelantikannya menyaksikan Torres Garrido ‘naik pangkat’ selepas berperanan sebagai pembantu kepada bekas pengendali, E. Elavarasan sejak September tahun lalu.
Torres Garrido yang pernah menggalas tugas sebagai ketua bola sepak remaja profesional (B-23) Granada dari 2021 hingga 2022 menjelaskan, fokusnya adalah untuk melakukan perancangan terbaik bagi menghadapi Piala Asia B-23.
“Saya fikir Shukor Adan dapat memberi sumbangan yang baik berdasarkan keupayaannya selain dia juga menjadi inspirasi kepada pemain,” katanya.
Shukor yang juga bekas kapten Harimau Malaya mengatasi beberapa calon lain seperti Nidzam Jamil, Rusdi Suparman dan Akmal Rizal Ahmad Rakhli untuk mengisi jawatan pembantu jurulatih.
Sementara itu, Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram menjelaskan, pelantikan Torres Garrido dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk mendapatkan pandangan daripada ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.
Torres Garrido kendali skuad B-23
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Aset 1MDB Jadi Dana Parti Dalam PRU15?
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Ramai penyokong “Bossku” tidak suka Khairy temui “Bossku” dimahkamah.