UKM pelbagaikan aktiviti untuk warga emas

UKM pelbagaikan aktiviti untuk warga emas

UKM pelbagaikan aktiviti untuk warga emas
Mohammad Kassim beramah mesra bersama warga emas pada Majlis Perasmian Ssmbutan Hari Warga Emas 2023. – FOTO NSTP

Bangi: Sempena bulan Sambutan Hari Warga Emas 2023, Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-Care), Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melancarkan tiga produk yang dihasilkan bersama rakan industri.

Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Prof Dr Mohammad Kassim (gambar) berkata, tiga produk itu terdiri daripada aplikasi android dan sistem web FaIISA 2.0, suplemen kesihatan MindLumina dan minuman rumusan khas jus TIPPI 3-dalam-1.

“Usaha ini adalah sumbangan dan tanggungjawab daripada UKM kepada komuniti terutama di Bangi khususnya warga emas menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan menerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE).



“UKM sudah berpusat di sini sejak 1970-an lagi jadi kebanyakan pekerja sudah bersara. Ini juga adalah antara cara untuk kekal berhubung bersama mereka dan menyokong usaha sebagai ejen dalam menyampaikan maklumat serta menghargai sumbangan mereka dalam pembangunan dan kemakmuran negara,” katanya.

Menurutnya, bagi meluaskan lagi capaian dan aktiviti berkaitan warga emas, ia juga bakal diluaskan kepada lokasi lain pada masa hadapan dan merancang untuk ke negeri lain dengan kerjasama rakan strategik setempat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Ketiga-tiga produk ini adalah hasil inovasi penyelidik H-Care iaitu Prof Dr Devinder Kaur Ajit Singh untuk aplikasi mudah alih dan Prof Dr Suzana Shahar, pakar dietetik serta sokongan rakan komersial industri Pantai Integrated Rehab Sdn Bhd, Aurora Health Sdn Bhd dan ODO Solution Sdn Bhd.

Setiap produk melalui proses kajian dan pembangunan sekitar lima hingga 10 tahun, diuji keberkesanannya sebelum dipasarkan kepada orang ramai.

Sambutan Hari Warga Emas diadakan pada setiap 1 Oktober dan pada tahun ini sambutan peringkat kebangsaan diadakan di bandar raya Ipoh, Perak dengan tema Memartabat Hak Warga Emas: Merentas Generasi.

UKM pelbagaikan aktiviti untuk warga emas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button