Budak maut disyaki didera, tiga ditahan bantu siasatan

Budak maut disyaki didera, tiga ditahan bantu siasatan

Budak maut disyaki didera, tiga ditahan bantu siasatan

IPOH: Polis hari ini menahan seorang duda dan ibu bapanya bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dua bulan yang disyaki didera di Bagan Serai, semalam.

Ketua Polis Daerah Bagan Serai, Superintendan Juna Yusoff, berkata lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai mengambil mangsa dari rumahnya untuk dijaga sejak Selasa lalu, sebelum kanak-kanak berkenaan ditemukan tidak sedarkan diri oleh kedua-dua ibu bapa lelaki itu.



“Pada kira-kira jam 6 petang semalam, suami isteri warga emas berusia berusia 62 dan 57 tahun itu mendapati mangsa yang dijaga oleh anak mereka, tidak sedarkan diri dengan terdapat kecederaan pada mangsa dan membuat keputusan menghantar kanak-kanak itu ke klinik Bagan Serai.

“Bagaimanapun, mangsa didapati telah meninggal dunia dengan kesan kecederaan dan melecur pada badan,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Juna berkata, hasil bedah siasat didapati mangsa meninggal dunia kerana pendarahan di kepala akibat hentakan objek tumpul selain kecederaan di seluruh badan, kesan melecur akibat objek panas dan kesan kecederaan pada lubang dubur mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



Katanya, ketiga-tiga suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh dan direman hingga esok.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Ambri Mat Nayan di talian 011-13092525 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kerian di talian 05-7212222. –BERNAMA

Budak maut disyaki didera, tiga ditahan bantu siasatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button