Bukit Aman siasat pegawai ada 2 jam Rolex
Bukit Aman siasat pegawai ada 2 jam Rolex

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuat siasatan dalaman berhubung bagaimana seorang pegawai kanan polis mampu memiliki dua jam mewah jenama Rolex.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata siasatan kes itu sudah dilaksanakan.
Bagaimanapun, katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua jam tangan terbabit dibeli menggunakan duit hadiah pemberian ibu dan mendiang bapanya.
“Ibu dan mendiang bapa pegawai berkenaan merupakan ahli perniagaan berjaya. Siasatan bagaimanapun tetap diteruskan oleh JIPS meliputi pelbagai sudut,” katanya dalam kenyataan.
Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, mempersoalkan bagaimana seorang pegawai kanan polis mampu memiliki jam tangan mewah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ & Ismail Sabri Jumpa Najib Untuk Keringkan Peluh Siapa?
- Saksi Pendakwa Enggan Jawab Soalan Peguambela Najib

Lip Eng meminta polis menjelaskan perkara tersebut susulan kes mahkamah seorangĀ isteri pegawai polisĀ yang dalam proses perceraian didakwa di sebuah mahkamah di Ipoh, Perak, berkaitan tuduhan mencuri dua utas jam tangan mewah jenama Rolex milik suaminya tiga tahun lalu.
Tertuduh dalam kes itu, Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Wanita yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya yang juga pegawai polis dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller (Model 326135) bernombor siri 0890R359; serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9 (Model 116718 LN) bernombor siri A9R56702.
Tertuduh didakwa melakukannya di sebuah rumah di Ipoh pada Januari tahun 2021.
Bukit Aman siasat pegawai ada 2 jam Rolex
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :