3 kilang memproses ayam di Batu Caves digempur

3 kilang memproses ayam di Batu Caves digempur

3 kilang memproses ayam di Batu Caves digempur
3 kilang memproses ayam di Batu Caves digempur

KUALA LUMPUR: Tiga kilang memproses ayam yang beroperasi di Batu Caves, di sini, digempur oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), awal pagi tadi.

Dalam pemeriksaan mengejut jam 2 pagi itu, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, yang diketuai Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail, mengesan beberapa kesalahan dilakukan seperti tidak memiliki sijil tauliah penyembelihan dan tiada sijil halal.

DBKL memaklumkan, premis berkenaan juga didapati tidak bersih, menggajikan pekerja warga asing yang tiada suntikan tifoid, tiada sistem tapisan sisa serta menyalurkan sisa fizikal dan darah terus ke longkang awam.



“Lapan kompaun dikeluarkan iaitu tiga kompaun di bawah Undang-Undang Kecil 25(1)(b), UUKPPM (WPKL) 2016 kerana lantai dan dinding ruang pemprosesan ayam kotor dengan sisa efluen, lemak dan darah ayam.

“Dua kompaun di bawah UUK 38(1) UUKPPM (WPKL) 2016, kerana gagal memberi dan mengemukakan apa-apa maklumat atau dokumen serta tiga kompaun di bawah Seksyen 47(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Katanya pengurusan kilang diberi amaran dan nasihat berkaitan kehendak-kehendak kesihatan manakala dua premis telah diarahkan tutup serta-merta.

“Penutupan itu adalah melalui Notis Perintah Penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 dan UUK 28(1) UUKPPM (WPKL) 2016 bagi melakukan pembersihan dan penambahbaikan,” katanya.

Laporan mengenai kesalahan juga akan dipanjangkan ke Jabatan Pelesenan dan Perniagaan untuk pembatalan lesen serta turut dipanjangkan kepada agensi sahabat iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut.

3 kilang memproses ayam di Batu Caves digempur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading