Agrobank lancar program Cashless Daro

Agrobank lancar program Cashless Daro

Agrobank lancar program Cashless Daro
Tengku Ahmad Badli Shah (kanan sekali) melawat gerai penjaja sekitar Daro menggunakan aplikasi pembayaran atas talian DuitNow atau QR Pay.

Kuala Lumpur: Agrobank melancarkan Program Komuniti Cashless Daro, Sarawak dalam usaha mewujudkan urusniaga tanpa tunai dalam kalangan masyarakat setempat dan peniaga luar bandar.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan pendedahan kepada peniaga dan penduduk kampung untuk melakukan transaksi pembayaran berkonsepkan digital melalui DuitNow selain memupuk aktiviti pembayaran lebih mudah, cepat dan selamat.

“Agrobank percaya dengan adanya kemudahan tanpa tunai ini, ia akan menjadi solusi terhadap masalah penduduk setempat yang sekian lama berhadapan dengan masalah kekurangan mesin ATM di kawasan sekitar.



“Inisiatif ini akan dapat dimanfaatkan oleh lebih 5,000 orang penduduk,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, inisiatif tanpa tunai ini bakal memberikan kelebihan kepada peniaga-peniaga untuk pengurusan kewangan lebih efisien, peluang perkembangan perniagaan, mempelbagaikan pilihan pembayaran serta pengurusan inventori yang lebih berkesan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




Terdahulu, Agrobank turut menyerahkan kanopi ‘Penjaja Cashless’ kepada hampir 30 penjaja yang telah dikenal pasti dalam usaha membantu meringankan kos perniaagan mereka.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan baik dengan penduduk pedalaman bagi menawarkan peluang perniagaan dan perkhidmatan Agrobank kepada penduduk luar bandar.

Majlis dirasmikan oleh Ahlli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Yang Berhormat Safiee Ahmad

Katanya, Agrobank sedang merangka perancangan strategik untuk memperluaskan inisiatif ini ke kawasan lain di negeri Sarawak.



Agrobank lancar program Cashless Daro


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading