Kereta Porsche 911 Dakar rempuh tiang lampu, warga Singapura parah

Kereta Porsche 911 Dakar rempuh tiang lampu, warga Singapura parah

Kereta Porsche 911 Dakar rempuh tiang lampu, warga Singapura parah
Keadaan Porsche 911 Dakar yang remuk selepas pemandunya terbabas melanggar tiang lampu jalan di Batu 16, Jalan Batu Pahat – Mersing di Kluang Johor. Foto tular

KLUANG: Seorang warga Singapura cedera parah apabila kereta sport mewah, Porsche 911 Dakar, dipandunya remuk teruk selepas terbabas melanggar tiang lampu di Batu 16, Jalan Batu Pahat-Mersing di sini, kira-kira 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata sebelum kejadian mangsa bersama beberapa buah kereta mewah jenama sama dari Singapura, sedang berkonvoi dari arah bandar ini menuju Mersing.

“Pemandu dan penumpang hadapan Porsche 911 Dakar itu adalah pasangan suami isteri warganegara Singapura.



“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati semasa melalui jalan selekoh ke kanan, Porsche 911 Dakar telah terbabas lalu terlanggar tiang lampu tanpa melibatkan kenderaan lain.

“Akibat kemalangan pemandu kereta mewah itu mengalami patah kaki kiri, luka-luka di tangan dan kaki manakala isterinya luka-luka di tangan dan kaki,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kereta Porsche 911 Dakar rempuh tiang lampu, warga Singapura parah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading