Dua maut motosikal bertembung

 

Dua maut motosikal bertembung
Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Kilometer 8, Jalan Pantai, Port Dickson, petang tadi. NSTP/Ihsan PDRM

PORT DICKSON: Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung di Kilometer 8, Jalan Pantai di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata nahas berlaku jam 3.20 petang ketika seorang pemuda berusia 21 tahun dalam perjalanan dari arah Teluk Kemang menuju ke Port Dickson.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggangi pemuda berkenaan dipercayai hilang kawalan setiba di tempat kejadian sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah motosikal lain yang ditunggangi lelaki berusia 54 tahun.



“Akibat pertembungan, kedua-dua mangsa yang parah di beberapa bahagian badan maut di tempat kejadian. Kemalangan menyebabkan laluan di kedua-dua arah sesak teruk,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, saksi kemalangan boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222 bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button