Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai nombor ekor

Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai nombor ekor

Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai nombor ekor
Foto hiasan

BUTTERWORTH: Sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga emas terperosok dalam sebuah kedai menjual nombor ekor sehingga merempuh seorang pekerja wanita di situ, dalam dalam kejadian di Taman Molek, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku, apabila pemandu lelaki warga emas berusia 65 tahun dipercayai tertekan pedal minyak kereta Proton Saga dipandunya, sehingga merempuh masuk kedai tersebut dan melanggar ruang kaunter di situ.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Noorhisham Md Noor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.06 petang dan terus ke lokasi, sebelum mendapati kereta dipandu lelaki tersebut telah terperosok dalam kedai berkenaan.



“Lelaki yang memandu sendirian itu tersepit di bahagian pemandu dan kami menjalankan kerja-kerja menyelamat bagi mengeluarkannya, sebelum warga emas terbabit yang cedera di bahagian pinggang dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

“Seorang pekerja wanita di kedai itu yang berusia 70-an mengalami cedera di kaki dan tangan, selepas dirempuh kereta tersebut dan semasa kejadian dia berada di meja makan yang terletak kira-kira dua meter dari kaunter. Mangsa dalam keadaan stabil dihantar ke hospital sama untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat



Noorhisham berkata lelaki warga emas itu mendakwa dia mahu meletakkan keretanya di hadapan kedai tersebut, namun tertekan pedal minyak sehingga masuk ke dalam premis terbabit. – BERNAMA

Tertekan pedal minyak, kereta rempuh kedai nombor ekor


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button