Pemandu maut, bas terbabas langgar pokok
Pemandu maut, bas terbabas langgar pokok

KLANG: Seorang pemandu maut selepas bas dipandunya terbabas dan melanggar pokok berhampiran sebuah hospital swasta di Mutiara Bukit Raja 2, awal pagi tadi.
Mangsa, Mohd Zaini Mohamad Sah, 49, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke parit berdekatan.
Kemalangan itu turut membabitkan pembantu pemandu bas dan empat penumpang yang mana dua daripadanya cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian jam 4.24 pagi.
“Difahamkan bas itu dari stesen Kuala Lumpur Sentral dan dalam perjalanan ke Klang Sentral,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pemandu maut, bas terbabas langgar pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?
- Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?