Lapangan Terbang Aleppo terus jadi sasaran serangan Israel

Lapangan Terbang Aleppo terus jadi sasaran serangan Israel

Lapangan Terbang Aleppo terus jadi sasaran serangan Israel
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Aleppo. GAMBAR FAIL AFP

Ankara: Israel terus melancarkan serangan yang mensasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo, lapor Agensi Anadolu memetik Agensi Berita Syria SANA pada Sabtu.

Menurut sumber tentera, lapangan terbang itu diserang pada 11.35 malam waktu tempatan.

Serangan itu menyebabkan kerosakan dan lapangan terbang tidak dapat berfungsi.



Sumber tempatan memberitahu Anadolu bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Aleppo telah menjadi sasaran tiga serangan peluru berpandu.

Itu serangan kali kedua dalam tempoh 24 jam.

Pada Jumaat, Israel secara serentak mensasarkan lapangan terbang antarabangsa di Damsyik dan Aleppo, menyebabkan kedua-dua lapangan terbang berkenaan gagal beroperasi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button