Polis selamatkan 7 wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia

Polis selamatkan 7 wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia

Polis selamatkan 7 wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia
Wanita yang diselamatkan oleh pasukan polis dalam serbuan di dua premis di Labuan. NSTP/Ihsan PDRM

LABUAN: Polis menyelamatkan tujuh wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam serbuan di dua premis, di sini, Jumaat lalu.

Semua mereka berusia dalam lingkungan 25 hingga 33 tahun diselamatkan menerusi Ops Pintas oleh polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan, kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata pihaknya menerima aduan kejadian pemerdagangan manusia membabitkan dua wanita warga Filipina di sebuah hotel, di sini, pada Jumaat lalu.



Katanya, maklumat awal diterima daripada pihak Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur yang menerima panggilan daripada mangsa memohon untuk diselamatkan.

“Kedua-dua mangsa menghubungi pihak kedutaan selepas melarikan diri dari tempat penginapan mereka.

“Tindakan polis melalui Op Pintas, berjaya menyelamatkan semua tujuh wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang dipaksa bekerja di sebuah premis hiburan dalam kawasan bandar,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Hamizi berkata, susulan itu polis turut menahan seorang lelaki tempatan dan seorang wanita warga Filipina untuk membantu siasatan.



“Hasil siasatan lanjut mendapati semua mangsa bekerja sebagai pelayan di premis hiburan berkenaan.

“Permohonan perintah reman ke atas dua tangkapan dari Mahkamah Majistret Labuan telah dibenarkan selama enam hari bermula hari ini hingga 20 Oktober,” katanya sambil menambah siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Polis selamatkan 7 wanita warga Filipina mangsa pemerdagangan manusia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button