Hari ini saya mendapat keadilan

Hari ini saya mendapat keadilan

Hari ini saya mendapat keadilan
Zamil Ahmad bersama isterinya. – Foto ihsan Zamil Ahmad Murad

KUALA TERENGGANU: “Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana hari ini saya mendapat keadilan,” kata Zamil Ahmad Murad, 62.

Zamil yang juga bekas jurulatih menembak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu sebelum ini berdepan pertuduhan menyebabkan kematian dengan niat terhadap seorang lelaki, 13 tahun lalu.

Bagaimanapun, Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan bapa kepada tiga anak itu daripada pertuduhan berkenaan selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.



Zamil yang kini bertugas sebagai jurulatih menembak Majlis Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata, tiada kata yang mampu diucapkan selepas mendengar keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Sesyen, Nooriah Osman.

“Memang bersyukur dengan keputusan ini… hari ini saya bagaikan orang baharu dan dapat semula kehidupan saya yang sebelum ini agak terbatas selepas terikat dengan pertuduhan berkenaan.



DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat




“Sepanjang tempoh perbicaraan, banyak yang saya tak boleh buat termasuk menunaikan umrah kerana pasport perlu diserahkan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

“Terima kasih kepada semua pihak terutama ibu, isteri, keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa berdoa dan tidak berhenti menyokong saya selama ini.

“Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada pasukan peguam bela yang diketuai Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, Rahmat Hazlan dan Wan Mohammad Arfan Wan Othman di atas usaha mereka selama ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Zamil daripada pertuduhan menyebabkan kematian dengan niat terhadap seorang lelaki, 13 tahun lalu.

Nooriah membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.



Hari ini saya mendapat keadilan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading