Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

Goldman Sachs, bank pelaburan berpangkalan di New York menyaman kerajaan Malaysia di Mahkamah Timbang Tara UK.

Asas kepada saman tersebut adalah kerana perselisihan berhubung perjanjian penyelesaian dibuat ketika di era Muhyiddin untuk menyelesaikan isu bon 1MDB bernilai USD6.5 bilion.

Saman tersebut akan membolehkan kerajaan semasa, menyahklasifikasi perjanjian itu daripada menjadi rahsia rasmi.



Langkah ini mungkin diambil berikutan sentimen yang semakin kuat dalam pentadbiran sekarang bahawa terma perjanjian tersebut tidak menguntungkan negara.

Ianya akan mendedahkan urusan bank itu, yang berpotensi memalukan, termasuk bagaimana ia mencapai perjanjian penyelesaian dengan pentadbiran Muhyiddin.

Memburukkan keadaan Muhyiddin apabila bekas pegawai bank Goldman Sachs Roger Ng, berjanji akan memberikan maklumat berkaitan 1MDB yang tidak didedahkan sebelum ini.

Serbuan SPRM ke atas firma guaman mempunyai kaitan dengan Muhyiddin juga memburukkan lagi keadaan beliau.



Rakan kongsi utama firma itu, Rosli Dahlan, terlibat dalam rundingan yang membawa kepada perjanjian penyelesaian ditandatangani dengan Goldman Sachs pada 18 Ogos 2020.

Beliau juga adalah peguam Muhyiddin dalam beberapa perkara undang-undang.

Ianya termasuk dalam kes jenayah terhadap Muhyiddin atas dakwaan pengubahan wang haram, yang sedang berjalan.

Manakala pemimpin UMNO, Johari Ghani pula menyifatkan tindakan saman itu sebagai pra matang.



Penulis tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai isu tersebut.

Namun penulis yakin, apabila sudah tiba masanya untuk Allah membuka hijab kebenaran yang selama ini terselindung, tidak ada siapa yang mampu menghalangnya.

Tidak kiralah sama ada asbab kepada terbukanya hijab itu dianggap sebagai pra matang atau terlebih matang.

 



Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button