Ragbi Negeri Sembilan kecewa kualiti pengadil Piala Agong

Ragbi Negeri Sembilan kecewa kualiti pengadil Piala Agong

Ragbi Negeri Sembilan kecewa kualiti pengadil Piala Agong
PEMAIN Import Ragbi Negeri Sembilan melakukan asakan ke atas pemain Putrajaya pada perlawanan suku akhir Ragbi Piala Agong di Universiti Putra Malaysia, hari ini. (FOTO:KRM)

SERDANG – Skuad ragbi Negeri Sembilan berputih mata apabila impian mereka untuk melangkah ke pentas separuh akhir Ragbi Piala Agong gagal terlaksana selepas tewas tipis di tangan Putrajaya hari ini.

Pada aksi perlawanan penuh dramatik tersebut, Negeri Sembilan tampil garang apabila menguasai perlawanan selepas mendahului separuh masa pertama dengan keputusan 8-7.

Bagaimanapun, Putrajaya yang juga merupakan juara musim lalu tidak gugup dengan keputusan itu apabila bangkit menguasai perlawanan sebelum berjaya melakukan try dan penalti untuk menguasai saingan tersebut pada babak kedua.



Tersentak dengan keadaan tersebut keadaan mula hangat apabila Negeri Sembilan cuba mengejar dengan cuba melakukan try, namun pengadil perlawanan membatalkan cubaan itu untuk memberikan kemenangan kepada Putrajaya dengan keputusan 17-15.

Keputusan tersebut ternyata tidak mengembirakan Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Yusli Ramli mengakui kecewa dengan tahap kualiti pengadilan perlawanan tersebut dengan menyifatkan keputusan tersebut seolah-olah dirompak dan membiarkan pasukan tewas dalam keadaan tidak sewajarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Bagaimana Kartel Padi Menghisap Darah Rakyat


“35 tahun sudah saya terlibat dalam sukan ini dan jelas masih tidak mahu berubah. Saya benar-benar kecewa apabila Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) menyediakan kita pengadil seperti ini dan saya benar-benar tidak berpuas hati.

“Saya tahu, kalah menang adat permainan tetapi biarlah dengan cara bagaimana kita kalah, saya tak boleh terima keputusan hari ini.



“Bola tadi tiada kesalahan dilakukan dari pemain saya, tetapi di pihak lawan ada kesalahan seperti ‘high tackle’ dan sepatutnya sepakan penalti diberikan kepada kita.

“Kenapa mereka (pengadil) tangkap kesalahan kepada kita. Sebab itu, saya cakap pengadil tidak cergas kerana pengadil tidak sampai di tempat kejadian.

“Kalau mereka cergas, pengadil akan lihat perkara pertama berlaku. Jadi, bila mereka lambat jadi mereka akan lihat kepada perkara ketiga. Sepatutnya penalti kepada kami. Kita pergi sana untuk lakukan try pada lima meter terakhir. Saya tidak berpuas hati dengan mutu pengadilan.

“Mereka nak lihat balik rakaman insiden tersebut tetapi keputusan telah dibuat dan bagi saya tidak berguna. Mereka juga tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Yusli berbangga dengan apa yang dipamerkan anak-anak buahnya yang menampilkan aksi cukup baik biarpun tewas.

Hasil keputusan tersebut, Putrajaya akan berdepan Kuala Lumpur pada saingan separuh akhir di Stadium Ragbi Perak, Ipoh yang membuka tirai pada Rabu ini nanti . -KOSMO! Online

Ragbi Negeri Sembilan kecewa kualiti pengadil Piala Agong


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker