AMD jalin kerjasama dengan Shonan Bellmare

AMD jalin kerjasama dengan Shonan Bellmare

AMD jalin kerjasama dengan Shonan Bellmare
Majlis perjanjian antara kedua-dua wakil pasukan telah berlangsung di Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur hari ini.

AKADEMI Mokhtar Dahari (AMD) mengesahkan perjanjian bersama kelab berpangkalan dari Jepun, Shonan Bellmare yang bakal memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

Perjanjian perkongsian ini merangkumi pertukaran antara jurulatih dan pemain, pembangunan pemain berbakat, perkongsian kaedah latihan dan penyertaan dalam pertandinganan antarabangsa di kedua-dua negara.

Pengarah Teknikal Shonan Bellmare, Kiyoshi Sekiguchi berkata, pihaknya sangat gembira dapat menjalin kerjasama dengan AMD, yang merupakan pusat latihan elit buat pemain muda Malaysia.



“Kerjasama kami bermula dengan jemputan Bellmare ke Piala Supermokh 2023 baru-baru ini.

“Dua pemain AMD yang berada dalam pasukan kebangsaan Malaysia B-17 dan seorang jurulatih dari AMD telah dijemput untuk menyertai pasukan akademi di Jepun nanti,” katanya pada majlis ringkat di Majlis Sukan Negara hari ini.

Majlis perjanjian perkongsian itu turut disaksikan okeh Shukri Harun, Ketua Cawangan Sukan Berpasukan, Bahagian Bakat dan Pembangunan Wanita, Majlis Sukan Negara.

Sementara itu, Pengarah Pembangunan Bakat & Wanita, Mohd. Safrusahar yang juga menyelia Akademi Bola Sepak Kebangsaan Malaysia menyifatkan kejayaan perkembangan positif dengan membentuk perkongsian ini.



“Shonan Bellmare adalah salah satu kelab terbaik di Jepun dan salah satu yang terbaik di Asia, terutamanya daripada aspek pembangunan akar umbi.

“Kami akan bekerjasama dengan Shonan Bellmare untuk pembangunan kedua-dua akademi dan pembangunan bola sepak Malaysia pada masa hadapan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

AMD jalin kerjasama dengan Shonan Bellmare


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker