Mungkinkah Azmin Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
Mungkinkah Azmin Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
Ahli politik veteran, Tengku Razaleigh Hamzah (KuLi), pernah mengeluarkan kritikan yang pedas kepada Azmin Ali.
Menurut KuLi, Azmin tidak layak untuk memegang apa-apa potfolio dalam pentadbiran kerajaan pusat sebagai seorang menteri.
Bagi KuLi, sangat mengejutkan apabila Dr Mahathir memberikan tanggungjawab sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) kepada Azmin.
Dan ketika pentadbiran Dr Mahathir ditumbangkan melalui Langkah Sheraton, KuLi berkata:
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN
- Azmin Bakal Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
- PAS Tersepit dengan lamaran Anwar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
“Cuba lihat, dia tak urus apa-apa, malah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) hari ini”.
“Saya tidak fikir dia mempunyai keupayaan untuk menjalankan kementerian”.
“Dia hanya diberi jawatan MITI kerana penglibatannya dalam menjatuhkan PH (dalam Sheraton Move tahun lepas)”.
“Beliau tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab itu, kerana kita bercakap tentang negara”.
“Bagaimana Azmin mampu mengendalikan perdagangan sedangkan beliau tidak tahu dan tidak bersedia untuk melakukannya”.
“Bolehkah dia menangani krisis jika ia berlaku?”.
Bagi penulis ada asasnya kritikan KuLi ke atas Azmin dan KuLi sememangnya mempenyai kredibiliti untuk membuat kritikan tersebut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?
- Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?
Rekod Buruk Azmin Sebagai Menteri Besar Selangor
Sepanjang menjadi menteri besar Selangor, Azmin sering dikaitkan dengan pelbagai skandal dan salah guna kuasa sebagai menteri besar.
Antara skandal yang pernah dikaitkan dengan beliau adalah isu mencuri pasir di Ijok dan isu menerima duit berjumlah RM3.08 juta dari UEM.
Kini terbongkar satu lagi isu mengenai tanah Warisan Kerabat Sungai Klang.
Pihak warisan Almarhum Raja Abdullah ibni Almarhum Raja Jaafar sudah membuat aduan terus kepada perdana menteri mengenai tanah Warisan Kerabat Sungai Klang yang dirampas.
Pencerobohan tanah tersebut didakwa mula berlaku pada 2016, ketika Azmin menjadi menteri besar Selangor.
Melalui maklumbalas yang diberikan oleh Setiausaha Politik Kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar, tindakan yang sewajarnya sudah diambil.
Apakah kes ini akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya?
Mungkinkah Azmin akan didakwa sekiranya terbukti dakwaan tersebut adalah benar?
Sama-sama kita tunggu perkembangan seterusnya mengenai kes tersebut.
Mungkinkah Azmin Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
Di Syorkan Untuk Anda:
- Prosiding Timbang Tara Goldman Sachs Buatkan Muhyiddin Kepanasan, Mengapa?
- Apa Kesan Serangan HAMAS Terhadap Israel?
- Adakah MYAirlines Hanya Untuk Cuci Duit Haram, Siapa Menteri MITI Yang Berikan Lesen?