Pestabola Merdeka: Tajikistan cuba helah psikologi tewaskan Malaysia
Pestabola Merdeka: Tajikistan cuba helah psikologi tewaskan Malaysia
PENGENDALI Tajikistan, Petar Segrt mula bermain psikologi apabila secara terbuka melabelkan Malaysia sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai Pestabola Merdeka pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.
Walaupun meraih kemenangan ke atas Harimau Malaya pada Piala Raja Thai tahun lalu, Segrt sedar akan berdepan situasi sukar kali ini, namun berharap pengadil bertugas dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.
“Saya harap pengadil kali ini akan melihat situasi padang kerana mungkin pemain berlari dan akan terjatuh. Harap pengadil dapat melakukan tugas dengan lebih baik dan tidak mudah untuk memberikan penalti.
“Apa pun, kita terima apa saja ketentuan pengadil kerana bagi Tajikistan, inilah masa untuk berjuang dan merebut piala. Mungkin kami tidak kuat tetapi kami mahu gunakan peluang ini untuk menang,” katanya pada sidang akhbar pra perlawanan final di Subang semalam.
Ditanya mengenai kualiti pemain yang dibawa kali ini, jurulatih dari Croatia itu mengakui pasukannya sedikit tempang kerana tidak dapat menyenaraikan skuad terbaik seperti pada saingan Piala Raja Thai.
Segrt sekadar mempertaruhkan ramai pemain muda dan purata umur skuad kali ini adalah 21.1 tahun.
“Kami menang pada Piala Raja Thai, namun sekarang kami hilang ramai pemain utama dan boleh dikatakan sekarang adalah bukan skuad sama seperti ketika kami menewaskan Malaysia sebelum ini.
“Peluang kami agak tipis dan Malaysia masih pasukan pilihan. Jika mereka tidak memenangi perlawanan menentang kami, bila lagi?” kata Segrt.
Pestabola Merdeka: Tajikistan cuba helah psikologi tewaskan Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keputusan MP Kuala Kangsar Hanyalah Muslihat PN
- Azmin Bakal Di Heret Ke Mahkamah Berhubung Isu Tanah Warisan Kerabat Sungai Klang
- PAS Tersepit dengan lamaran Anwar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi