Jawapan Tengku Ahmad Ismail Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

“Nak Panggil Hensem Ke Comel?”-

Jawapan Tengku Ahmad Ismail Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]

Jawapan Tengku Ahmad Ismail Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]
Jawapan Tengku Ahmad Ismail Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali dengan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang sering menjadi pilihan para gadis di Malaysia.

Putera Ahmad Ismail merupakan Putera kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Beliau merupakan pewaris takhta yang ketiga susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang. Selain itu, Tengku Ahmad Ismail juga sering kelihatan beramah mesra dengan rakyat yang suka menyapa dan bergurau senda apabila bertemu dengannya membuatkannya disenangi ramai.



Malu-Malu Tengku Nak Jawab Soalan Tu!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @nadeeeeeeya yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 295 ribu, tanda suka sebanyak 34 ribu dan 3 ratus komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tengku Ahmad Ismail yang berada berhampiran dengan rakyat untuk beramah mesra dan beliau ditanya soalan oleh mereka yang mencuit hatinya.

“Tengku nak kita panggil Comel ke Hensem Tengku?”-tanya mereka

“HENSEM!”-jawab Tengku Ahmad Ismail

@nadeeeeeeya

take ya semua!!! tengku is handsome 😌🩷 #taims #taimshah #tpp #agongcup2023 #tengkuahamadismailmuadzamshah #fyp

♬ original sound – NADIA 나디아 🦋 – NADIA 나디아 🦋

Rata-rata mereka komen bahawa mereka terhibur mendengar jawapan dari Tengku Ahmad Ismail itu, serta menyetujui jawapan dari beliau kerana sememangnya Tengku seorang yang tampan.

“Tengku taknak pegang towel dah, semua towel dia pegang semua fans minta”

“Tengku Ahmad ni dia layan aja dengan peminatnya”

“Tengku Ahmad memang HANDSOME pun”-kata mereka

VIA TIKTOK

Apa-apa pun, tidak hairanlah mengapa ramai gadis yang suka akan Tengku Ahmad Ismail oleh kerana sikap ramahnya yang mudah mesra dengan sesiapa pun. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.



Jawapan Tengku Ahmad Ismail Cetus Perhatian Ramai! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hanya Malaysia Yang Kenakan Cukai Atas Duit Yang Di Dakwa Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker