Kini PU Abu Akui Poligami Bersama Dua Isterinya Gagal

Akur Dengan Kemelut Rumah Tangga Yang Terlalu Berpanjangan

Kini PU Abu Akui Poligami Bersama Dua Isterinya Gagal

Kini PU Abu Akui Poligami Bersama Dua Isterinya Gagal
Kini PU Abu Akui Poligami Bersama Dua Isterinya Gagal

Pencetus Ummah Abu Sufyan atau PU Abu tiba-tiba memberi bayangan sudah membawa haluan hidup berasingan daripada dua isterinya, Ain ‘Afini dan Hana Azraa kerana kemelut yang berpanjangan.

Abu atau nama sebenarnya Muhammad Aby Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memaklumkan keputusan perpisahan itu diambil selepas perbincangan bersama dibuat mereka bagi mencapai kata sepakat.

 

“Selepas berbincang, kami bertiga akan bawa haluan masing-masing. Demi kebaikan semuanya. Tidak ada lagi kebaikan dan kata sepakat yang dapat dicapai.

“Ini keputusan kami bertiga. Tidak ada apa-apa kepentingan, melainkan hanya ingin menyelesaikan kemelut selama enam tahun,” tulisnya pada perkongsian di Instagram Story berhubung status rumah tangganya ketika ini.

Berkaitan permasalahan yang berlaku, Abu juga mengambil pendekatan tidak menuding kesalahan kepada isteri-isterinya itu melainkan diri sendiri.



“Di mana silapnya? Saya silapnya. Sekiranya mereka tidak merasa bahagia, apakah perlu saya membiarkan terus sengsara? Apa pilihan yang saya ada melainkan membawa haluan masing-masing.

“Jangan risau, ini adalah keputusan bersama. Anak? Insya-Allah semuanya akan baik, anak-anak tetap anak-anak,” katanya turut memohon didoakan yang baik-baik buat mereka.

Abu berkata, dia juga mengharapkan agar Ain ‘Afini dan Hana Azraa dapat menemui pasangan baharu yang setia, boleh berada di sisi 24 jam dan paling penting mampu mencintai mereka setulus hati.

Abu bernikah dengan Ain ‘Afini pada 2018 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Adam Asyar, Muhammad Aryan ‘Afi dan Siti Khadijah.

Kemudian, Abu berkahwin kali kedua dengan Hana Azraa pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Uwais Al-Mateen.

Sebelum itu, Hana Azraa juga pernah berstatus ibu tunggal dan memilki seorang anak perempuan, Afifah Aisyah hasil daripada perkahwinan pertamanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker