PAS Sekutu Atau Seteru Zionis?
PAS Sekutu Atau Seteru Zionis?
Semua orang maklum, Singapura adalah sekutu kuat kepada kerajaan Zionis Israel.
Malah dalam krisis terbaru antara Zionis dan Hamas di Palestine, perdana menteri Singapura, Lee Hsien Loong, telah menyatakan secara terbuka sokongan kepada Zionis Israel.
Tidak cukup dengan itu, Lee juga telah mengutus surat kepada Benjamin Netanyahu untuk menzahirkan secara peribadi pendirian Singapura dalam isu tersebut.
Malah tanpa teragak-agak, Singapura mengecam serangan HAMAS terhadap Israel.
Manakala di Malaysia, parti politik yang paling lantang bersuara kononnya menentang kezaliman Zionis terhadap penduduk Palestine.
Tentu kita masih ingat, bagaimana pemimpin PAS menuduh Anwar Ibrahim sebagai ejen Zionis.
Pemimpin PAS bersuara dan berpakaian seolah-olah hanya mereka sahaja yang memperjuangkan nasib rakyat Palestine.
Malah apa sahaja yang berkaitan dengan Israel mereka cuba menunjukkan kepada rakyat kononnya mereka membencinya.
Pernah pemimpin PAS mengajak rakyat Malaysia memboikot Mc Donald dan beberapa produk yang didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.
Kononnya, itulah gambaran bagaimana marahnya pemimpin PAS terhadap Israel yang selama ini zalim ke atas rakyat Palestine.
Tetapi, rupa-rupanya dalam diam-diam, PAS bersetuju 4 negeri di bawah pentadbirannya menjalinkan kerjasama dengan Singapura.
Sedangkan Singapura diperintah oleh kerajaan yang menyokong Zionis dan mengecam Hamas.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim menyatakan kerjasama antara negeri yang ditadbir Pas dan Singapura selepas pertemuan beliau dengan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.
Jadi, apakah pendirian sebenar PAS apabila sanggup berkerjasama dengan negara yang menjadi sekutu rapat Zionis dan mengecam Hamas?
Ini adalah satu bukti hipokrasi politik tahap tinggi yang dilakukan oleh PAS.
Penulis yakin, sekiranya yang melakukan kerjasama dengan Singapura itu adalah UMNO atau PKR, PAS sudah pasti mengecamnya.
Sangat jelas kepada kita, sikap pemimpin PAS adalah ibarat ayam jantan yang kokonnya berderai-derai, tapi ekor bergelumang tahi.
PAS Sekutu Atau Seteru Zionis?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Polis Tahan Pengasas MYAirlines Tapi Kenapa Muhyiddin Yang Demam?
- Sama Ada PN Menang Atau Kalah Di PRK Kemaman, PAS Sudah Pun Kalah
- Ketepikan Ego, Kerajaan Mesti Kembali Kepada GST Untuk Selamatkan Negara