Miti akan terus beri sokongan, usaha mudahkan cara
Miti akan terus beri sokongan, usaha mudahkan cara
KEMENTERIAN Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) akan terus memberikan sokongan sepenuhnya dalam memudah cara kemasukan pelaburan untuk memastikan projek dengan potensi bernilai tinggi dapat direalisasikan.
Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Miti melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) sentiasa responsif dalam memberikan sokongan kepada bakal pelabur untuk memastikan kelulusan projek dapat dipermudahkan.
Katanya, Pejabat Pelaksanaan Projek dan Fasilitasi (Track) di Mida turut komited untuk memastikan proses pelaksanaan projek berjalan lancar bagi menyumbang ke arah Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.
“Kerajaan juga mengambil pendekatan dalam membuat reformasi pentadbiran melalui penubuhan Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah Miti yang akan memastikan pelaburan terus antarabangsa dan domestik dan perdagangan dapat direalisasikan sesegera mungkin.
“Sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, JTPPP akan dipengerusikan oleh saya sendiri,” katanya dalam jawapan lisan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Agong Boleh Di Desak?
- Tahniah Orang Kemaman, Bakal Dapat Ahli Parlimen Paling Tua Dalam Dunia
- PRK Kemaman, untung sabut atau untung batu buat BN?
Beliau berkata, jawatankuasa ini dianggotai wakil daripada Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi dan Mida sebagai ahli tetap, manakala kementerian dan agensi berkaitan yang lain termasuk wakil kerajaan negeri akan dijemput mengikut keperluan.
Tengku Zafrul berkata, status kemajuan pelaksanaan projek pelaburan dimeterai semasa lawatan kerjanya ke luar negara akan dilaporkan JTPPP kepada Majlis Pelaburan Negara (MPN) secara berkala dan kepada media massa berdasarkan keperluan.
Katanya, misi perdagangan dan pelaburan ke China pada 29 Mac hingga 3 April lepas dianggarkan meraih potensi pelaburan berjumlah RM170 bilion.
Miti akan terus beri sokongan, usaha mudahkan cara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?
- Benarkah Penjawat Awam Di Kuasai Kartel Beras?
- Isu 1MDB datang menghantui Muhyiddin, Rosli dan Zafrul.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :