Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?

Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?

Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?

Dalam ucapan Hadi Awang di Muktamar PAS ke 69 di IDCC Shah Alam,beliau mendabik dada dengan mengatakan tidak mungkin PAS akan menyertai kerajaan PH/BN.

Hadi menyifatkan kerajaan PH/BN umpama tong najis dan untuk membersihkan tong najis, PAS tidak boleh masuk ke dalam tong najis tersebut.

“Kalau kita nak bersihkan najis, tak boleh masuk dalam tong najis”.



“Kamu boleh lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH), siapa dalam dia”.

“Nak suci macam mana?”.

“Banduan pun ada, bekas perasuah pun ada, kluster mahkamah pun ada”.

“Macam mana kami nak ikut?,” jawab Hadi dalam sidang media selepas Muktamar PAS tersebut.



Ini bukanlah kali pertama Hadi menzahirkan akhlak buruk sebagai seorang yang berilmu dengan bermulut celupar.

Sebelum ini Hadi pernah menyamakan musuh politik beliau dengan pelbagai haiwan.

Kini Hadi menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai tong najis dan menganggap PAS sebagai sebuah parti yang suci.

Benarkah PAS sebuah parti yang suci sebagaiman yang Hadi dakwa?



Hujah Hadi untuk menyifatkan Kerajaan Perpaduan sebagai tong najis kerana menurut beliau, dalam Kerajaan Perpaduan ada bekas perasuah dan kluster mahkamah.

Tong Najis PAS Jauh Lebih Menjijikkan

Persoalannya apakah di dalam PAS tidak ada perasuah dan kluster mahkamah?

Bukankah Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan calon PAS di parlimen Kuala Terengganu dan parlimen Kemaman atas kesalahan rasuah?

Atau mungkinkah bagi Hadi rasuah PAS adalah rasuah yang halal dan suci?



Dan jangan lupa, Hadi sendiri berhadapan kemungkinan disabitkan dengan rasuah pilihanraya sekiranya keputusan awal Mahkamah Pilihanraya dibatalkan.

Mungkin sekiranya kemenangan Hadi dibatalkan, bagi beliau itu adalah rasuah yang paling suci.

Kalau Hadi menganggap dalam Kerajaan Perpaduan ada kluster mahkamah, apakah dalam PAS tidak ada kluster mahkamah?

Apakah Sanusi bukan tergolong dalam kluster mahkamah?



Lebih menjijikkan lagi, terdapat deretan pemimpin PAS yang sudah pun didapati bersalah kerana memfitnah.

Berilmu Bukan Jaminan Seseorang Itu Berakhlak

Penulis akui, Hadi memang seorang yang berilmu.

Tetapi berilmu bukanlah jaminan seseorang itu berakhlak.

Dari akhlak buruk yang Hadi zahirkan pada rakyat, sangat jelas beliau adalah seorang yang sangat sombong.



Sentiasa merasakan beliau sahaja yang betul kerana telah disombongkan oleh ilmu yang beliau rasakan sudah terlalu tinggi.

Hadi lupa, sifat sombong adalah dosa yang pertama dilakukan oleh makhluk Allah SWT di langit dan di bumi.

Iblis merupakan makhluk pertama yang kufur kepada Allah SWT kerana kesombongan iblis telah menyebabkan iblis engkar pada perintah Allah SWT untuk tunduk hormat kepada Nabi Adam as.

Dan Qobil pula mengulangi kesombongan iblis apabila beliau membunuh adik kandung beliau sendiri, Habil, kerana merasakan beliau lebih bagus dari Habil.

Kalau hendak dibandingkan ilmu yang ada pada Hadi dengan ilmu yang iblis ada, ibarat langit dan bumi.

Tetapi sifat sombong telah membutakan mata dan hati iblis sehingga dilaknat oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Mafhumnya:

“Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak”.

Riwayat Ahmad :8952

Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat.

Di dalam al-Quran juga, Allah SWT telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah SAW adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman Nya:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Mafhumnya:

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik”.

Al-Ahzab:21

Risalah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan akhlak baginda sudah sempurna, malah diperakui oleh Allah SWT.

Sekiranya Hadi didakwa berakhlak mulia, apakah selama yang kita kenali beliau, Hadi berakhlak seperti Rasulullah SAW?

Sekiranya bukan sunnah Rasulullah SAW yang Hadi bawa, maka sunnah siapakah yang beliau bawa selama ini?

 

Sunnah Siapa Yang Hadi Awang Bawa, Sunnah Rasulullah Atau Sunnah Syiah?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button