Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis

Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis

Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis
Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki dan merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan suspek ketika mengugut seorang tukang masak di sebuah restoran makanan di Taman Kota Permai, di sini, semalam.

Suspek warga tempatan berusia lingkungan 40-an itu ditahan di rumahnya, tidak jauh dari lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata polis menerima laporan dibuat tukang masak itu yang memaklumkan dirinya didatangi suspek di restoran tempatnya bekerja.



“Dalam kejadian jam 7.55 pagi, mangsa yang juga warga tempatan memberitahu dia sedang memasak sebelum tiba-tiba datang suspek yang dikenalinya bertindak membaling kerusi serta mengeluarkan parang panjang dan mengacukan kepadanya.

“Tukang masak itu kemudian melarikan diri ke bahagian dapur dan pergaduhan dileraikan pelanggan yang berada di dalam kedai berkenaan. Mangsa tidak cedera,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Cheng San berkata, susulan itu polis membuat penahanan ke atas suspek dan merampas parang yang digunakan ketika kejadian untuk siasatan lanjut.

Lelaki ugut tukang masak dengan parang ditahan polis


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading