Islam Makhachev mampu cabar status Khabib



Islam Makhachev mampu cabar status Khabib

Islam Makhachev mampu cabar status Khabib
Islam Makhachev kini dianggap sebagai salah seorang jaguh terbaik gelanggang saingan UFC.

DOHA – Bekas jaguh Ultimate Fighting Championship (UFC), Ali Abdelaziz mengakui Islam Makhachev mempunyai potensi untuk menjadi atlet terbaik sepanjang zaman arena sukan tempur itu berbanding apa yang dikecapi oleh Khabib Nurmagomedov sebelum ini.

Abdelaziz yang juga pengurus peribadi Khabib mengakui jaguh kelahiran Rusia itu turut mahukan perkara yang sama selepas menyaksikan Makhachev berjaya memenangi pertarungan UFC bertemu Alexander Volkanovski semalam.

“Khabib beritahu dia mahu Makhachev menjadi atlet UFC yang lebih bagus berbanding dirinya. Ini adalah perkara yang paling indah dalam arena pertempuran UFC tetapi mustahil untuk kita melakukan perbandingan.



“Harus diingat, Makhachev pernah tewas sebelum ini tetapi Khabib tidak. Namun, daripada segi teknikal kita lihat Makhachev jauh lebih baik tetapi kelebihan Khabib pula dia agak dominan di atas gelanggang,” katanya.

Khabib yang telah bersara dianggap sebagai atlet UFC terbaik sepanjang zaman apabila tidak pernah tewas pada semua 29 perlawanan yang diharungi sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah BERSATU berpecah kepada 4 kem?


Pada perlawanan UFC 294 semalam, tendangan padu Makhachev yang tepat menuju ke kepala Volkanovski memastikan kemenangan buat petinju berusia 31 tahun tersebut.

Bagaimanapun, Makhachev enggan meraikan kemenangan itu berikutan konflik kekejaman Israel ke atas Palestin yang menyebabkan kematian terhadap rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak. – AGENSI



Islam Makhachev mampu cabar status Khabib


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker