Suami isteri maut nahas selepas rai ulang tahun ahli keluarga

Suami isteri maut nahas selepas rai ulang tahun ahli keluarga

Suami isteri maut nahas selepas rai ulang tahun ahli keluarga
Suami isteri maut nahas dua kenderaan di Jalan Pintas dekat pusingan U, Padimas Point, Penampang.

PENAMPANG: Perjalanan pulang suami isteri selepas menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran ahli keluarga berakhir tragedi apabila kedua-dua maut dalam kemalangan di Jalan Pintas dekat pusingan U, Padimas Point, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, pasangan berusia lingkungan 60 tahun yang tersepit di tempat duduk kereta Proton Saga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, berkata kemalangan membabitkan pikap dan Proton Saga.



Katanya, hasil siasatan awal mendapati pemandu pikap dari arah Kota Kinabalu menuju ke Donggongon disyaki merempuh Proton Saga yang datang dari arah Donggongon dan dipercayai membuat pusingan U.

“Akibat rempuhan itu, pemandu dan penumpang Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Pemandu pikap parah dan dihantar ke HQE Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke HQE I, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.



“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Suami isteri maut nahas selepas rai ulang tahun ahli keluarga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button