Wanita maut, kakak cedera dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun

Wanita maut, kakak cedera dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun

Wanita maut, kakak cedera dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun
Keadaan motosikal dinaiki dua beradik selepas nahas dengan sebuah kereta di Jalan Kuala Kedah, awal malam tadi. – Foto PDRM

ALOR SETAR: Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggang dilanggar kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, dekat sini.

Mangsa meninggal dunia dalam nahas dilaporkan kepada polis kira-kira jam 7.05 malam tadi dikenal pasti sebagai Nur Syafiqah Abdullah, 32, manakala kakaknya yang membonceng motosikal terbabit, Nooraliza, 43, cedera.

Difahamkan dua beradik itu peniaga yang beralamat di Kampung Ulu, Kuala Kedah.



Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata nahas berhampiran sebuah stesen minyak itu ketika dua beradik beradik menaiki motosikal dari arah lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah.

“Kemalangan dipercayai apabila pemandu kereta yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan, terbabas dan memasuki laluan mangsa sebelum merempuh motosikal mereka.

“Berikutan itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pembonceng cedera di badan. Ketika kejadian, cuaca hujan dan jalan basah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, remaja yang memandu kereta hanya luka di hidung dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai lesen selain tidak bersekolah.



“Kereta itu pula dipercayai milik rakan kepada ibu remaja itu. Saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan kerana membenarkan remaja bawah umur memandu,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Wanita maut, kakak cedera dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

13 Mei 1969: Penipuan Terbesar Tuan Ibrahim Tuan Man



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading