PAS sedia ambil alih teraju Perikatan Nasional?

Oleh – Bakhtiar Omar


PAS sedia ambil alih teraju Perikatan Nasional?

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sedia untuk ambil alih teraju Perikatan Nasional sekiranya krisis dalaman yang melanda BERSATU semakin buruk?



Cakap-cakap politik sudah mula kedengaran mengenai persediaan peralihan teraju utama dari BERSATU kepada PAS.

Dikuatkan lagi dengan kehadiran bekas Pengerusi BERSATU, Tun Mahathir ke Muktamar PAS baru-baru ini, nampaknya sudah tidak boleh disangkal desas-desus tersebut.

Malah, persediaan awal bagi PAS mengambil alih teraju juga telah dipersiapkan. PAS mempunyai 42 wakil (kecuali Kemaman) dalam Parlimen berbanding BERSATU hanya 31. Belum lagi dikira di peringkat DUN selepas kemenangan besar PAS yang jauh mengatasi BERSATU.

Jadi, tiada sebab PAS tidak boleh menerajui Perikatan Nasional dengan sokongan Tun Mahathir selaku Penasihat Khas mereka.



Krisis dalaman BERSATU, ada yang bakal tinggalkan parti

Perlu diingatkan juga, akaun BERSATU masih lagi beku berikutan dakwaan dan siasatan SPRM ke atas penyalahgunaan dana rakyat oleh pemimpin BERSATU ketika Perikatan Nasional berkuasa di Putrajaya.

PAS sedia ambil alih teraju Perikatan Nasional?

Namun demikian, ada dakwaan nakal menyatakan PAS bersedia untuk bersama Kerajaan Perpaduan tetapi hasrat tersebut menerima tentangan dari BERSATU. Apa yang menjadi halangan kepada PAS ialah DAP yang merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.



PAS sebenarnya mungkin akan lebih cemerlang jika kekal bersama Perikatan Nasional, cuma keputusan penting untuk PN perlu mengambilkira pandangan PAS selaku sekutu paling berkuasa.

BERSATU perlu belajar menghormati PAS kerana mereka lebih lama berada dalam politik arus perdana jika dibandingkan dengan kewujudan BERSATU.

PAS Lancarkan Ops Tebuk Atap Perak & Pahang

 



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button